Wednesday, June 30, 2010

Pesanan Orang Tua

Orang Tua, yang berseri-seri mukanya, pernah berpesan kepada insan yang ingin mengikuti jejaknya.

Orang Tua itu berpesan, perhatikanlah alam sekeliling, di situ kamu dapat banyak ilmu yang tidak pernah diajarkan oleh sesiapa.

Pesanannya,

Dengan membinasakan sekelian nan ujud, menjadikan yang Wujud hanya Dia.

Pesanannya lagi,

Dengan melenyapkan sekelian yang dzahir, menjadikan yang terdzahir, hanya satu dalam ke-Esa-an Wajah Nya.

Lagi pesanannya,

Dengan mematikan sekelian yang hidup, menjadikan yang hidup hanya kekal (baqa) dalam Dia.

Orang Tua nan mulia, terima Kasih banyak,
aku terhutang budi kepada mu, semoga kamu mendapat keselamatan dan barokah Nya.

Amin.

Tuesday, June 29, 2010

Pesanan Guru

Perjalanan Kerohanian tidak bermaksud sampainya salik ke sesuatu destinasi, di mana dia memperolehi sesuatu yang dia tidak ada sebelum ini, atau menjadi seseorang yang bukan dia sebelum ini.

Perjalanan itu, mengandungi, hilangnya kebodohannya tentang kehidupan dan tentang dirinya, dan bertumbuhnya Kesadarannya tentang Dirinya Yang Sebenar Diri, Kesadaran inilah permulaan Perjalanan Kerohaniannya.

Bagi yang mempunyai Kesadaran, kiasan yang kabur sekalipun sudah mencukupi, tetapi bagi yang tidak peka, banyak peringatan pun tidak membawa kebaikan kepadanya.


Monday, June 28, 2010

Cahaya atas cahaya

Apabila ia mengetahui dan mengakui bahawa tiada jalan atau tangga yang dapat mencapai Nya, maka ia tidak akan bersandar lagi kepada ilmu dan amalannya, apatah lagi ilmu dan amalan yang lain.