Al-qur'an yang berjalan, atau yang hidup itu adalah sebutan untuk Nabi kita, kerana dalam diri Beliau ada firman-Nya, ada cahaya-Nya sehingga seluruh gerak Beliau tidak lain adalah pancaran dari cahaya-Nya.
Carilah ulama yang mewarisi Nur Al-Qur'an sudah pasti akan kita temui al-Qur'an yg berjalan.
Kita akan merasakan firman-Nya yang tidak berhuruf dan tidak bersuara, itulah hakikat Al-Qur'an.
Manusia yang dalam dirinya tidak diisi dengan Nur Allah tidak akan mungkin dapat menyalurkan firman-firman yang tertulis dalam kitab-Nya.
Dia Maha Hidup dan Maha berkata-kata, Dia akan berkata-kata sepanjang masa, melalui hamba-Nya yang dikasihi-Nya.
Berbahagialah mereka yang dadanya dipenuhi Nur Allah.
No comments:
Post a Comment