Saturday, January 15, 2011

rab dan marbub



Prosess tajali dzat berlaku dalam tujuh peringkat,, bermula dari ahdat, wahdat, wahdiah, alam ruh, alam mithal, alam ijsan dan diakhiri dengan alam insan.

Maka dalam proses tajali pada alam ruh,, 28 asma ilahi dan 28 asma kiyani menzahirkan alam semesta ini.


Setiap asma ilahi adalah rab dan setiap asma kiyani aadalah marbub. Setiap marbub menyembah rab masing-masing.

Sedangkan insanul kamil adalah mengandungi kesemua asma kiyani dan kesemua asma ilahi terkandung dalam nama Allah, maka manusia menyembah rabnya iaitu Allah.

asma ilahi menzahirkan asma kiyani, oleh itu rab menzahirkan apa yang berada di dalam ayan, untuk dizahirkan ke dunia menjadi marbub.

oleh itu, sebagai contoh, jikalau kita menggunakan nama Al Razak, maka ia akan menzahirkan marbubnya iaitu rezeki, begitulah seterusnya dengan nama-nama allah yang lain.

wasallam

No comments:

Post a Comment