
Datuk Tua itu berkata kepada ku dan aku mendengar dengan teliti.
Katanya,
" Kesempurnaan Qalbu itu terletak kepada sempurnya iman, dan iman yang sempurna itu terletak pula kepada ruh yang sempurna,
dan ruh yang sempurna itu terletak pula kepada salik yang mengenal diri, dan salik yang sempurna mengenal diri itu ialah yang sempurna kenalnya kepada Allah,
dan kesempurnaan mengenalNya itu adalah salik yang memfanakan diri, apabila zahir dan batin fana,
maka terserlahlah WajahNya,"
Aku bertanya, "Begitukah Tok?"
Katanya," Terpulanglah kalau kau tak mahu percaya."
No comments:
Post a Comment