Beliau berkata kepadaku lagi,
"Setelah mencapai makam fana (Ahdah), salik meneruskan perjalanan ke makam baqa (Wahdah),
di sini salik mendapati dzat, sifat, asmak dan afaalnya adalah Dzat, Sifat, Asmak dan Afaal DIA,
dia menyadari segala yang ujud ini adalah manifestasi dirinya, kerana dia sadar dia berasal dari Alam Ahdah, alam Ketuhanan itu sendiri,
dirinya adalah DIA, sesuatu yang berasal dari dirinya adalah berasal dari DiriNya,
ke-aku-annya adalah ke-Aku-an DIA,
dan di sini juga, dia mendapati, dirinya adalah Pelaku dan DIA menjadi alatnya."
Aku menjadi bingung dan aku bertanya kepada Datuk Tua itu,
"benarkah ini Tok, ana tidak pernah dengar perkara yang sebegini."
Beliau berkata, "Terserah, wahai cucuku..."
No comments:
Post a Comment