Thursday, July 1, 2010

Taman Firdaus

Aku berada dalam Taman nan amat luas, tak pernah kulihat keindahan yang begitu mempersonakan ini.

Sedang aku asyik dengan keindahan itu, aku terdengar suara berkata kepadaku, rupa-rupanya seekor Merak nan cantik, ia menyebut aku sebagai Pencari Cinta.

Katanya, "Hai Pencari Cinta, nan keletihan dalam perjalananmu, mahukah engkau dengar sesuatu yang akan aku katakan kepadamu".

Kataku, "Mahu, wahai Merak nan cantik menawan".

Katanya,

" Sebenarnya Dia telah Sedia (Qadim) bersamamu, kerana Dia menjadi nyawa kepada Diri Rahsiamu. "

"Tubuhmu, nyawamu dan Dia adalah satu (esa)".

"Ketika kamu bersamaNya, hidup namanya, manakala ketika kamu berpisah darinya mati namanya."

"Ketika di Dunia Dia berpakaian seperti Kamu, dan ketika di syurga Kamu pula berpakaian seperti Dia, tetapi Dia ghaib pada Diri Rahsiamu."

"Oleh itu, jadilah, agar Dia tidak ghaib dari pandangan Mata Hati mu."

Ya Alllaaaaah,

Mendengar kata-kata Merak nan indah itu, aku tersentak.

Rupa-rupanya aku bermimpi nan amat asyik.

No comments:

Post a Comment