
Tidak lama dahulu, semasa ana berkunjung ke sebuah negara jiran, ana membeli sebuah buku tentang ajaran makrifat Syekh Siti Jenar, suatu nama yang amat besar dalam bidang kesufian.
Buku tersebut memaparkan ajaran beliau tentang "menunggaling kuwala gusti" atau dengan bahasa mudahnya memasuki makam ke-esa-an.
Pelbagai pendapat yang ada barkaitan Siti Jenar ada yang mengatakan beliau sesat dan sebagainya, tetapi ana tidak mahu menyentuh tentang itu, kerana itu hak Allah yang menentukan seseorang itu sesat atau tidak.
Tapi ana berpendapat ajaran beliau selari dengan kebanyakan sufi terkemuka di dunia ini.
Kesimpulan yang ana dapati daripada buku tersebut, bahawa Diri Rahsia itu adalah daripada DIA dan Diri Rahsia itu, yang menjadi Diri Sebenar Diri kepada insan adalah berada dalam Getaran DIA.
Dan oleh kerana itu, DIA dihayati oleh Diri Rahsia dan dimanifestasikan dalam perbuatan (afaal) kita seharian.
Oleh kerana, Getaran Diri Rahsia itu adalah pancaran getaran DIA, di dalam diri kita, ia semakin lama semakin kuat getarannya, dan dapat digunakan untuk pelbagai keperluan dan mewujudkan apa yang diharapkan.
Ana pun terfikir, adakah ini proses untuk memperolehi "mulut masin" atau "Kun Fayakun".
Berat hati ana mengatkan, sesungguhnya begitulah mungkinnya.
Salam,
ReplyDeleteDalam satu hadis qudsi, kata Allah
"Al-insanu sirri waana sirruhu"
(manusia adalah rahsia-Ku dan Aku adalah rahsianya)
Diri ke-Aku-an ini adalah tujuan dan matlamat yg ingin dicapai oleh para sufi hakikat.
syeikh siti jenar, spt juga al-halaj dan ibn Arabi, nampaknya telah sampai ke situ, cumanya mereka menghebah-hebahkannya, maka disitulah fitnah dari kaum syariat akan muncul..
maka para ahli sufi hakikat yg sampai ke makam nafsu kamaliah itulah yg dikatakan mencapai maqam 'kun fayakun'
-pakcik
terima kasih pakcik atas sharing itu.
ReplyDelete