
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad Rasul Allah.
Allah dan Muhammad tidak dapat dipisahkan, karena Muhammad adalah jembatan yang menghubungkan sesuatu dengan Allah. Tidak mungkin akan berhasil menuju atau kembali kepada Allah kalau tidak melalui jembatan ini.
Allah tidak akan ditemui bila Muhammad tidak ditemui. Jadi untuk menemui Allah, carilah Muhammad terlebih dahulu.
Sejak manusia pertama iaitu Nabi Adam, beliau telah menyaksikan Muhammad adalah Rasul Allah. Tiada kenabian tanpa Nur Muhammad. Tiada syuhud (penyaksian) Allah tanpa syuhud Muhammad. Tiada hakikat Allah tanpa hakikat Muhammad. Tiada makrifatullah tanpa makrifat Muhammad.
Penyaksian Allah dan penyaksian Muhammad amat sukar untuk diuraikan, namun begitu kedua-duanya tidak dapat dipisahkan.
Nur Muhammad dan Nur Allah ujud adalah Yang sama tapi aspek yang berlainan. Kedua-duanya adalah Qadim.
Bahawa Allah Itu Tuhan dan Muhammad adalah Utusan-NYA.
Maka siapakah Saksimu?
Bagaimana mungkin sesuatu dapat dijadikan saksi atas Allah, kerana
adanya Allah adalah bukti bagi kewujudannya. Dan setiap yang kelihatan di dunia ini adalah saksi bagi kewujudan Allah. Siapa yang tidak melihat Allah pada pandangan matanya, bermakna mereka itu terhijab dengan alam.
Batang tubuh kita itu sudah berkalimahkan Allah dan Muhammad, mahu diikrarkan atau tidak hakikatnya tetap begitu.
Coba lihat kalimat Muhammad ( huruf Arab: min, ha, min, dal), bentuknya seperti orang yang sedang sujud.
Lalu siapa Muhammad itu yang sebenarnya?.
Muhammad adalah Sebenar-benar diri bagi manusia, batin Muhammad adalah Dzat wajibal wujud, dan bernama Rahsia (Sir) bagi hamba.
Wassalam
T/kasih...
ReplyDelete