Thursday, November 4, 2010

Yakin



Pendirian seorang Ahlul Makrifat Sejati ialah Tidak Ragu akan Akidahnya dan tidak pernah berubah walaupun dikafirkan orang.

Tidak mengharapkan Pujian dan Tidak takut akan Celaan dan Hinaan. Mereka Rela Mati daripada berubah keyakinannya.

Mati adalah Jalan yang terbaik dari semua jalan yang baik bagi mereka.

Bagaimanakah dengan kita, sanggupkah begitu juga?

Seorang Ahlul Makrifat tidak pernah luntur walaupun dihujani dengan Hujan Fitnah. Kata-kata sesat dan Kafir dianggapnaya sebuah Nyanyian seorang Sufi yang sedang Rindu kepada Kekasihnya.

Mereka tidak akan perduli kata-kata yang berHuruf dan berSuara. Karena Ia telah Karam dalam Lautan KALAM tanpa Huruf dan tanpa Suara.

Dan yang tidak kalah penting bagi seorang Ahli Makrifat itu, ia tidak terpancing EMOSI, Qolbunya tidak Terbakar oleh Api Membara kerana Hujatan-hujatan dan Cacian-cacian serta celaan-celaan dan Fitnah.

Dia tetap Santai, dan santai, dan santai dalam KETENANGAN SEJATI, tidak ada Istilah gundah-gulana pada dirinya, dan selalu JIWA RAGAnya dalam kenikmatan.

Manusia yang bermakrifat kepada ALLAH telah meleburkan diri dalam keSATUan sehingga semua yang ada adalah ujian menuju keikhlasannya dalam menjalani HIDUP sampai kembali kepadaNYA.

Jikalau masih marah ketika dicaci dan dihina, masih marah disebut kafir, itu bearti belum sempurna ma'rifatnya, belum kenal siapa yg mencaci dan siapa yang dicaci.

Ingatlah, Perbezaan dari segi Pengetahuan Ilmu maupun perbezaan dari segi Pengalaman Batiniah bukanlah suatu persoalan bagi Para pejalan Ruhani.

Penyaksian dan Pendirian dalam Keyakinanlah yang lebih Utama.

Jika dalam Penyaksian serta Pendirian, Keyakinan tertuju kepada Allah melalui Hakikat Muhammad Al-Musthofa yang tersirat pada diri INSAN,

maka di manapun posisinya apakah di Syariat, Tarikat, Hakikat, Makrifat,

tentunya ALLAH MAHA BIJAKSANA dalam KASIH SAYANGNYA, yang tiada keraguan di dalamnya.

Wassalam

1 comment: