
Tajali Dzat bermaksud nyata bagi seseorang itu pada zahir dan batinnya akan hakikat Dzat Allah yang mutlak.
Dzat itu adalah dasar ujud Allah Taala. Dzat Allah Taala adalah mutlak. Dialah hakikat sebenar yang dikatakan ujud.
Apabila seseorang itu telah kedatangan dzauk (merasa atau melihat dengan mata hati) maka seseorang itu menyaksikan tiadalah yang maujud melainkan Allah Taala.
Dia melihat dengan mata hatinya ujud Allah Taala adalah dasar ujud, dan ujud makhluk hanyalah pernyataan untuk mengenal ada ujud mutlak, iaitu Allah Taala.
Dan apabila telah tajalli Dzat ini, sedarlah seseoarang itu bahawa ujud makhluk dan selain dari Allah Taala hanyalah setaraf ujud bayang-bayang, yang tidak mempunyai ujud sendiri malainkan bergantung kepada ujud Dzat Allah.
Orang yang telah telah sampai ke martabat Tajalli Dzat ini adalah yang benar-benar mengenal hakikat Tauhid Dzat.
Alam maya dan diri manusia ini adalah pernyataan ujud ALLah Taala.
Dan apabila hati telah berhadapan dengan Allah Taala, terjadilah pernampakan diri Allah Taala kepada manusia itu.
Dan pernampakan itulah disebut sebagai Tajali Dzat, iaitu nyata Allah Taala, Lai sa kamis lihi syaiun. Tiada satupun yang menyerupainya.
Orang yang telah mengalami hakikat Tajali Dzat Allah ini wajar disebut sebagai orang yang makrifat akan Dzat Allah Taala. Ertinya telah muafakat pengenalan akal dan hatinya bahawa tiada yang maujud pada hakikatnya melainkan Allah Taala.
Dan merekalah orang yang Kamil Allah Taala yakni orang yang sempurna Tauhidnya.
Kamil bermaksud umpama gula dan manisnya, yang tinggal hanya manisnya, gula sudah larut.
Wassalam.
T/kasih...
ReplyDelete