Saturday, November 13, 2010

Sampai



Jika ke - AKU - an diri sudah lenyap (Fana) dari pandangan, bukankah segala yang ada di luar dari diri juga akan lenyap?

Apabila mereka yang mengaku telah benar-benar sampai kepada Tuhannya, tentu sudah seharusnya ia tidak bersandar dan mengharap lagi kepada sesuatu apapun kecuali Allah.

Jika masih bersandar akan sesuatu (makhluk) sedangkan ia menyatakan telah sampai kepada Maqom Robbani, maka sesungguhnya ia belumlah sampai dengan sebenar-benarnya sampai.

Pada saat itu ia masih sampai sebatas Ilmu dan rasa tetapi belum lagi sampai kepada Yang Punya Ilmu dan rasa.

Hanyalah sangkaannya sahaja yang menyatakan bahawa ia telah sampai kepada Tuhannya, tetapi sebenarnya ia belum sampai lagi.

Banyak yang tidak sadar bahawa Tuhan yang mereka sembah itu hanyalah Tuhan ciptaan alam fikirannya sendiri sahaja, ini adalah sesuatu yang syirik.
Mereka yang begitu, hanya menyangka-nyangka Tuhan di dalam fikirannya.
Sebagian yang lain pula menyimpan Tuhan di dalam hatinya. Seolah-olah, Tuhan itu adalah sesuatu yang dapat di simpan di dalam dan dimunculkannya kembali melalui fikiran mereka.
Mereka yang begini sebenarnya tidak tahu dan tidak kenal apa-apa pun tentang Tuhan, tapi hanya berlagak atau menyangka tahu, atau hanya anggapan mereka sahaja.

keberadaan makhluk itu tidak seharusnya mengurangi, apalagi sampai menafikan keberadaan Tuhan.

Bagaimanapun, yang benar-benar Ada itu sesungguhnya bukanlah makhluk, tetapi hanya Tuhan yang Ada. Dialah yang Haq atau nyata adanya.

Selain Dia, ya, tidak ada.

Nah, ketika kita berfikir bahawa Tuhan itu ada, maka ketika itu, sesungguhnya kita sedang melakukan upaya-upaya penafian tentang keberadaan-Nya yang nyata tersebut.

Kenapa?

Kerana yang nyata itu pasti adalah segala sesuatu yang ada, dan kalau dia telah kelihatan Ada, pastilah dia Ada, tetapi, bagaimanapun fikiran cuba menafikannya, kerana fikiran tidak yakin bahawa itu adalah Tuhan semesta alam yang meliputi ruang dan waktu.

Tuhan itu wajib Adanya, kerana Dia Wajibal Wujud, atau yang Wajib Ada, dan yang lain hakikatnya Tiada adanya.

Wassalam

1 comment: